visit selama hmpir 10 days itu ckup mmberi byk pengalaman yg sgt2 berharga. even entry ni agk basi ckit...but i nk share jgk kt uols. ni sdkit kisah spjg kami ke sane....
day 2:- lawatan ke CEDD tersebut berlangsung selama 2 jam. kira-kira pada pukul 10:30 pagi, kami bertolak meninggalkan CEDD dan menunggu bas untuk ke Mongkok pula. malangnya bas yang kami tunggu lewat sampai iaitu kira-kira 2 jam kami menunggu. pada pukul 12:30 tengah hari kami bertolak pula untuk ke mongkok.
Di mongkok kami singgah ke Ladys Street. disitu jika di Malaysia ibarat seperti Petaling Street. terdapat banyak barang-barang yang di jual seperti baju, kasut, souvenir, bag, dan sebagainya yang mana ia di jual dengan harga yang murah iaitu dengan harga yang kita boleh bargain. kami sempat singgah ke kedai menjual pakaian bundle dan membeli winter coat. di ladys street, cara jualan barangan sangat menakutkan yang mana once kita bertanya harga is consider buy. jika tidak, mereka akan marah atau meminta sepaksa paksanya supaya kita membeli.
pulang dari mongkok kami menaiki bas ke Kowloon dan singgah di Kowloon mosque. tambang bas untuk ke sana berjumlah $40 untuk 9 orang penumpang iaitu kami. sampai di masjid kami solat jamak then kami melihat majority di dalam masjid tersebut adalah warga indonesia. disitu mereka aktif melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti berzikir secara berjemaah, memberi ceramah keagamaan dan sebagainya.
masjid tersebut di bina dengan 3 tingkat dan sangat menarik ukiran senibinanya.setelah solat, kami ke halal restorant ziafat yang mana terdapat makanan ala-ala arab. kami menempah nasi bariani yang berharga $55 dan spagheti yang berharga $45. sesudah makan, kami pulang ke causeway bay menaiki MTR yang mana turun ke Times Square. dari Times Square kami berjalan kaki menuju ke penginapan kami iaitu Crown Plaza Hotel.