Thursday, July 30, 2009

pepatah yg x berape nk patah

Pepatah ni aku amek dr blog kraszbatu.

sile bace bismillah sblm go through ke bawah ye

PEPATAH YANG TELAH DIUBAHSUAIKAN

1.Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh
diundur, terlajak kapal terbang tiada gear reverse.

2.Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3.Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi
ayam.

4.Alang-alang mandi biar guna syampoo.

5.Harimau mti meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang,
suami mati meninggalkan hutang.(tulah...lain kali jangan suruh suami beli
gelang secara hutang)

6.Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... pulut pun habis.

7.Biar putih tulang jangan kuning gigi.(gosok jangan tak gosok)

8.Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk
atas pokok tu.

9.Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10.Biar mati bini jangan mati anak.(boleh kahwin lagi...)

12.Makan hati berulamkan jantung, paru-paru masak kicap, tali perut
goreng pedas, ginjal masak merah, tiup-follopio masak lemak cili api.

13. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

14.Biar korek hidung jangan korek tabung.

15.Berakit-rakit kehulu,berenang-renang ketepian lama-lama jadi
letih.

16.Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi
satu.

17.Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi
katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah....lah....

18.Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

19.Kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan.(itu...mesti
ibu kera, sebab tu dia susukan anak dia)

20.Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

21.Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau
macamtu lebih baik tak payah hujan.

22.Biar lambat asalkan perlahan.

23.Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

24.Habis madu sepah tu jangan dibuang merata-rata.

25.Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton.

26.Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya
ada kenduri kahwin.

27.Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan
tanganlah....

28.Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak
tandanya kita tak lawa.

29.Jinak-jinak siburung merpati, hendak dipegang tak dapat tembak
ajelah....

30.Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu
takkan lari jugak.

31.Rambut sama hitam, kutu lain-lain.(kat kepala masing-masing lah)

32.Patah tumbuh, hilang report-lah polis.

33.Susu punya lembu, Ducth-Lady dapat nama.

34.Ditelan mati mak diluah tak keluar-keluar.

35.Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk
acara angkat berat.

6.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpak
jugak.

37.Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang
ajelah beli jarum yang baru.

38.Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada
umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

39.Bunga tahi ayam bukannya sekuntum....

40.Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satey
Kajang lagi best......

41.Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

42.Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai,
buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai.


* bkn mksud nk persendakan...sekadar lawak mencuit hati saya. ok dah. nk kuarantin kan diri neh h1n1. duk ofis ni pn da kne pkai yg tutup mulut tu benda ape nth nme nye. kpd sume sile berwaspada sekiranya anda demam. sile ke klinik dgn segera. badan saya pn da seram sejuk. kne mkn antibiotik neh.