Monday, December 14, 2009

giler bosan

sy bosan sbb kt umah x de org...de mak ngn si putih je....akak adik abg aku yg len sume x de kt umah diz week. kije aku adlh get prepare nk pack brg2 nk fly ke HK. c ya

Wednesday, December 9, 2009

basuh

im really tired now...sebabnye...sebabnye aku kne bsuh keta...sebabnye jgk abah aku bsing aku pndai gune tp x reti nk basuh...sbbnye jgk aku mcm mls sbbnye ini ari ujan...sbbnye t lecak balik then kotor kaki i noks...sbbnye tetibe ptg ni da pns balik....sbbnye before abah aku balik dr perak ptg ni bek aku bsuh dgn muke trpksa tp ikhlas('-_-)...sbbnye abah aku suke bebel lau x bsuh keta..sbbnye da 2 mggu abah aku suh bsuh tp aku wt x taw je....FINE....aku da bsuh da...

motif blog ini adalah motif "PEMBASUHAN"

9 jenis anak syaitan

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda
supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak
perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan
kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu
mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada
Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH…)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,
Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri
bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Ckp tu bio teghang

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..


Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.


Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.


Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.


Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??


Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,


UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN…MINUMLAH ARAK


Pengajaran : Cakap biar terang

perigi buta tuli

Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya.


Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet sekali.


Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu.


Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.


Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke perigi.


Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.


Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian.


Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.


Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.


Oda lantas bertanya, “Kenapa kamu yang naik??”


Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, “Aku takut la, di bawah tu ada manusia… dah la cakap kuat cerewet pulak tu…”

Tuesday, December 8, 2009

Kaki ekau di bibir eden

wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya. Di sini dinyatakan misteri bibir untuk menambah pengetahuan saja, bukan untuk dipercayai.

Bibir segar dan kemerahan

Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan.

Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.


Bibir yang biru (pucat)

Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.


Bibir yang tipis
Tipis bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain.

Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.


Bibir yang mungil

Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya.

Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.


Bibir yang tebal

Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.

Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!


Bibir sentiasa terbuka

Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat.

Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.

aku seorg jurujerawat

TENSIONNNNNNN......the nightmare is come back....depress gile....malu...lack of confident...dah la da nk LI...gane aku nk hadapi sorang2?...if dlu aku de aisyah...in the same situation...but now...im alone...knp lah mcm ni...ok ayu..igt ni sume dugaan dr DIA....

Okeh...aku x phm npe mcm ni?...if dlu aku rujuk pakar kulit...pas berenti mkn ubt doktor aku try tia amelia...ALHAMDULILLAH...berkesan...but after half year...my skin da imune...da x mao da ngn produk tia amelia...x thu npe...nk kate tension ye jgk..Tp PSM hbs da...myb sbb problem LI x settle...fmly prob,...HK prob..bla bla bla.

So now im start to change my skin product. Back to obat2 doktor dlu...just pkai Steva A 0.5% cream...tp x mkn ubat die...cz tkot...n jaga pemakanan. Mgkin juga byk toksin dlm bdn aku neh...

Jerawat-Tips dan petua

Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.

Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.

Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.

Punca jerawat.

  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
  • Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.

Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.


Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.

  • Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
  • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
  • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
  • Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
  • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
  • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
  • Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
  • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
  • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
  • Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
  • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.

Rawatan Untuk Jerawat.

  • Liang yang tersumbat harus dibuka.

    Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang lapisan atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly hydroxy acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid dalam bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat baru, penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat.

  • Mengurangkan jangkitan bakteria.

    Menggunakan ubat antibiotik "oral" seperti tetracycline, erythromycin boleh dimulakan jika rawatan awal untuk jerawat tidak berkesan. Antibiotik dalam bentuk krim seperti clindamycin dan lain-lain boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat yang baru jika tidak mahu menggunakan ubat antibiotik "oral".

  • Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.

    Ia boleh juga dilakukan untuk merawat jerawat. Ubat yang biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin.

the biggest loser


Sgt addict tgk cite 'The Biggest Loser' sbb suke sgt tgk diorg berjuang tuk turun kn berat badan secara mendadak. Tp yg pling x puas hati session kali ni men vs women. sgt x adil kompem2 la pmpuan kalah. Da kali ke 3 lak tu pmpuan kalah. npe die x buat mcm session one dlu ea?...tp tgk the biggest loser asia mcm x best. x thu npe. Myb traineer die pn x best kot.

Pape pn cite tu mendorong aku tuk bersenam yg mne aku mmg da lme tnggalkn aktiviti sport ni. Last aku men netball mse dip 3 thun yg lalu. Then msuk deg aku lngsung x mo joging ke...men badminton ke...bdn da berat...tp npe aku nmpk kurus kerinting ag?...ni nme nye x sihat...tp ALHAMDULILLAH bmi aku stabil. x de la kerempeng nk mmpos compare mse aku zmn sek men lu. ini sume genetik OK...aku makan byk pn cm ni la bdn aku..

So aku pn mencapai CD poco-poco tarian aktiviti senaman indonesia. pg2 aku bgun nk senam la konon. wt regangan...ok..da ckup regang...then try catch up setiap gerakan tarian tersebut...lme2 kaki aku lenguh...rse lapo...mkn lu...then igt nk smbung la balik kn...hampeh gile....da mkn ngadap lptop lyn FB..ps2 CD bia je duk dlm cd/dvd player tu.

and dlm meningkatkn gaya hdup aku...aku mengoogle kn diri aku tuk cri cara pemakanan yg sihat. lau kte x jg n syg diri kte spe lg kn. Syg diri pnting beb bru kte ley syg mak ayah..pk we...adk beradik..kwn2..but kne dahulukn syg akan ALLAH.

Mslh pling ketara dlm hdup aku adlh mslh kurang nye Hemoglobin n mslh pencernaan. bukan Buasir weh. Mse kt UMP mmg la aku x jg mknn sgt cz x selera lngsung tgk mknn kt cafe. tp ble da kt umah...MASYAALLAH...syukur ALHAMDULILLAH nikmat makan tu ade. Maklum lah...mak aku mmg amek catering...so..ble ade tempahan...mse tu la smbil mnyelam mnum air...igt ag mse mule2 cuti tuk sem ni...smpai je umah...mak aku suh tdo awl cz esk kne tlg mk msk tuk tempahan catering cikgu seramai 100 org...selama seminggu berturut turut de tempahan. dan selama seminggu tu jgk la bpk byk tempahan. around 100 -300 org mkn. mcm knduri weh. ALHAMDULILLAH. rezeki. tp penat beb.

isnin: nasi lemak lauk rendang + watermellon
selasa: nasi bariani + rot jala
rabu: nasi ayam + kuih
khamis: mee bandung + nasi berlauk (4 jenis lauk)
jumaat: nasi jagung + kuih
sabtu: nasi berlauk + ikan bakar
ahad: aku x igt mkn ape

Selama seminggu tu jgk aku penat gile sbb yg tlg mak aku ...aku n noli je. aku tlg ape la sgt...tp tgk mak aku lg aku cedey... ;'( tungkus lumus msk kul 3 4 pg. aku cume tlg yg aku thu je....eh touching lak...len cite dh ni...

ok nk smbung senam dlm mimpi.

Monday, November 23, 2009

maaf weh

di sini sy ingin memohon maaf kepada kawan2 saya SPM batch 2003.... SMPL......aku x dpt join korang wt reunion....mohon maaf sgt2.....krn kesesakan keewangn...kn best lau korang wt kt sni je..kpd mazlina...halimah...iwan,...nizam...dan kwn2 yg plan utk reunion ni..hope program ni bjln lncar & meriah skali....teringin sgt nk join...da la jrg jmpe korang....

t kte sume da de anak wt reunion skali ag hokkeeeyyy...x kire..!!

kipas Lipas

Entry ni de sdkit psl marah, maki, kutuk,benci.

Aku sangat2 x suke pada LIPAS.....sebab ape:


  1. lipas sgt kotor
  2. lipas mnggelikan
  3. lipas ade kaki yg bebulu tajam2..bile nek kt badan euuuwwwwwwwwww...geli2
  4. die suke terbang2 lau yg jenis lipas kudung tu....sgt laju penerbangan beliau
  5. busuk...busuk gile
  6. warna dark brown....x suke2
  7. bentuk die mcm huduh
  8. bile die baring terbalik means kaki die kt atas....nmpk menggerikn
  9. lipas pnh terbang ats pale aku....aku histeria bagai nk gile...
  10. lipas x comel
  11. die bkn pet
  12. tahi die bley melekat kt mne2 dinding n ssh nk buang
  13. die suke duduk dlm gelap
  14. sgt laju lau beliau jalan mcm lipas kudung...eh
  15. suke men sorok2 lau aku kejar die
  16. die pnh gigit bibir adik aku...ps2 bngun pg je bibir adik aku bengkak
  17. suke gigit bju....t baju belobang lobang
  18. SAY NO TO LIPAS
  19. I HATE LIPAS

aku adalah manusia yg anti lipas....dan if lipas mhampiri aku...aisyah penyelamat aku...lau kt umah...x de spe yg slmtkn aku...even mk aku akn biarkn aku bunuh sndiri....

semalam aku da jd seorg pembunuh kejam....yg mne aku da bnuh lipas kt bilik air umah aku. nth cm ne tetibe de lipas....b4 ni x pnh lak wjud....sedang aku asyik gosok gigi....then buang air kecil...one ekor lipas seludup kuar dr lubang air....sgt memranjatkn jntung aku. aku mhabiskn sisa2 buangn aku...lalu aku cuci n trus jerit nme mak aku...mak aku suh bnuh sndiri...aku lupe yg pncuci muke aku ade ag kt toilet...cane aku nk amek?

aku dgn kejam simbah air kt badan lipas tu...PADAN MUKA...PADAN MUKA....yes!!! yes!!!....ps2 die bngun balik..seolah olah idup stlh lemas....aku amek penyembur rcun serangga...lalu...

aku

sembur

dgn

byk

skali

lipas tersebut mati tnpa sempat mengucap...aku x kebumikn scr islam...aku simbah gne air je...maka mayat lipas tersebut bersemadi di tempat di mana dia menyeludup kuar....berakhirla riwayat lipas jahanam.

then...aku smbung cuci muka....tetibe,....kuar plak kluarga terdekat arwah lipas tu dtg utk membalas dendam....muncul 2 ekor lg lipas yg sme bentuk...due2 gemokkk gedempol...scaryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy....aku jerit lalu surrender...seyes....ketakotan aku mmbawa aku ke bilik air mak aku....yg lbih selamat....x mo ag mndi kt bilik air yg de myt lipas ag...x mo xmo

jahanam ko lipas

Friday, November 13, 2009

good bye guys esp batch 3BCS second edition

asalamualaikum...

kehadapan kengkorang sume yg ngh bce blog aku neh, aku nk ucapkn SELAMAT TINGGAL kt kengkorang sume terutama kepada batch 3BCS version two. Entry ini adalah arahan dari puan.. eh cik aisyah yg menyuruh sy say something before u go home. eceh mcm nk bg ucapan kt perhimpunan. selamat tnggal kt ump jgk cz pas ni i turun tuk konvo plak.

thanx to u all guys cz byk sgt memory spjg duduk ump ni....eps mse nk wt psm...to be honest sem ni baru akak rapat ngn korang sume,...kte hbskn mse sesame....mkn kt cafe sesame....kuar mkn2...tgk wayang...shooping bagai...gossip2...nanges sme2....skodeng org kt cafe...windu kt korang sume t...(seyes weh genang air mata aku skg neh)...t pape hal korang jgn lost kontek ngn akak k...korang kawen x jemput akak siap la korang sume....to kengkorang: aisyah, farin, ain rumate, jemin, nad, lela, kecik, sue,mekna,alin,along, emma, lulu, jah ori,yana, k own, aini, ana, nik, chot,adik2 junior yg akak kenal(3bcs 1st edition), zarith,khalis,kalban,haziri,yamin,shahrul,huzairi,tokmoh,ipin,is, n nme2 yg x di sebut maaf ea...x bpe igt sgt yg lelaki......aku nk wish gud luck to u all guys x kire bg yg akn LI and still ade lg sem dpan....t kte jmpe tym konvo k...

maaf salah dan silap saya if saya ni ade buat salah kt korang sume...ampunn....

;'(

write by: aku yg ngh cedey

Thursday, November 12, 2009

thesis

nk print thesis...tp... ;( ...cane ni....



cane nk seludup g lab print senyap2 ea?...(x bek ko yu....)

printer aku wt hal... ;( hbs 2 botol aku refill.....tp x jalan gk....

2012



SEYES BEST....x kire nk bg 5 bintang kt cite neh cz mata x kelip tgk cite neh....even rse ngntok...tp x mao lelap...cite ni aku tgk ngn ema...cot(kwn ema), farin, aisyah kt GSC east cost mall kuantan.....sgt ramai org...tgk just sekadar hiburan before aku balik segamat. teruja ngn CGI die mmg nmpk gile real....gile excited tgk cite ni smpai kne sound ngn syah...."kuat gile suare ayu"....aiseh jah....terover plak....pape pn pgjrn yg ley amek kt cite neh psl kekeluargaan la aku tgk...kerjasama satu family...cedey smpai aku ternanges ckit beb....kte tgk cite ni jst sekadar hiburan...

sebut psl family....teringat kt akak aku...ain...one day aku nk slow talk ngn die....

maid of honor

Rse tetibe cm nk update blog sbb to be honest aku x reti nk tulis menulis mcm org len pjg berjela jela....aku x kot....sbb aku suke mengarut bile menulis ni. rse kekok nk update blog cz gile lme x update sbb psm...eh...x...sbb ape nth...x de ati. lately mmg x de nafsu kt blog...jst jd silent reader. but tonight...rse heaven tulis dgn laju tuk blog aku neh...ewah2...ehhhh...

sabtu neh da nk balik. serabut da kot ngn UMP tercinta neh....mao kemas sume brg2....bpk byk mcm gudang...cet...bukankah ngko da5 thun kt ump...rse x saba nk balik berambus dr ump bak kate kimie....sbb:

1) x taw dh nk wt ape cz org len sebok final exam kami 'say no to final'
2) mknn kt cafe mcm haram jadah x besh. mkn nasi ngn telor goreng kt umah lg i prefer tau
3) thesis da siap tggal nk jilid je
4) aisyah pn da nk balik ahad ni....soooo...i x de kawan,,...
5) duit da nk habeh...bek balik cpt2...kang kne mkn pasir
6) rindu kt mak abah noli nk gossip2
7) sbb last....BOSAN WEHHHHH


ekceli....pikiran pn serabut ngn LI plak...haduhh...nk sme tmpt ngn syah x de....byk lak offer yg jauh...mak x bagi...dh tu gane....??...help me...!!!
lupe lak....before tu nk wish awl2 kt member ktorg mse diploma lu....ayien sepet nk langsungkn perkahwinan die 4&5 december ni....to ain: "akhirnya ngko kawen jgk...tahniah ain...semoga kekal ke akhir hayat dgn fazil. ngko jgn risau...aku mmg nk bg adiah spesel tuk ko...yg ko suke...fazil lg suke....kompem ank ko rmai t...ngahngahngah.."

to sue plak: "lau sue x bagi kami kad kawen x mo datang...nk kad wangi2 tau....lg satu...en azwan hr tu de tnye psl kawen sue t....nk g gane...konvoi ke...papepn...tahniah sue bakal kawen thun depan..."
aishhh...jeles2 tgk member kawen....omakkkk...eden mao kawen jugok...raso2 omak eden bagi penampar maut x bile ckp gitu?.....t omak den kato...."ekau de duit x jah?...lombu kt ladang tu sapo nk bayar ea jah..."fine weh fine...x de org nk sponsor..ekekeke....but its ok....just jeles je....tp happy tgk member da nk kawen...rse cm aku ni da dlm golongan org2 dewasa yg ptut berkeluarga....OMG....to aisya:

"
dun worry dear, dont get nervous....gud luck bebeh....u can do it....t i kawen pn i nk u jd maid of honor i okeh...myb tym tu u pn da de 3 org ank..tp i x kire...kipas i mse i kawen t...ekekkee....praktis wedding ain t ps2 apply that method into my wedding k dear...aiseh berangan nk bygkn mse wedding ain t....cm ne ekau jd pengapit die....chaiyok2!"


ok...ngntok...to be cont...



wokeh...yg kanan itu adalah ain....bakal perantin...dan yg kiri itu adalah aisyah bakal maid of honor.

jap2....nk wish thanx kt nad cz describe blog akak mcm itu rupakah...ekekeke...a'a...mmg blog akak cm mereng senget ke tepi skit....sbb akak suke bace byk kali entry yg akak buat...ngahngahngah....pak ngah...eh...nad puji akak ni kire nk kne open table ke?...keh3...ne de nad...kak syah ag cun...akak ni da cm antu gigi....syukur ape yg ade...cet feeling kau yu...terajang nk??....ekceli akak lak nk desc blog nad.....sgt kelaka bile bace....kompem tergelak x sah lau diam je...ps2 akn ckp kt kak syah...."syah bce blog nad x?...lawak r"....da la sume gambo dlm blog die lelawo...mmg fotogedik la ko nad..fotogenik...satu ag akak suke la rmbut ko...perghh....feel like nora danish kn nad kn...yg ekau x tdo ag pasai apo nad oi...kije sekolah x siap ke jah?...haiiyooo

by: aku yg x reti tulis

Sunday, November 8, 2009

Selesai jua....


ALHAMDULILLAH

habis sudah presentation PSM yg sgt seksa azab n debarannye. eceh...padahal lame dah hbs...bru ko nk wt entry psl hbs present yu...basi beb. tp pengalaman present psm utk thn ni mmg sgt memberi pengalaman yg amat bermakna. syabas diucapkan kpd FAKULTI SISTEM KOMPUTER DAN KEJURUTERAAN PERISIAN UMP cz telah berjaya menjayakn karnival PSM n PTA. sgt terharu sokongan drpd lecturer sndiri yg tgk kami peluh2 takot nk present bg kata2 smgt smpai aku pn ley nk ternanges. sgt byk dugaan n ujian yg ALLAH turunkan spjg nk develop n present PSM. just usaha, doa, tawakal je yg mmpu aku buat. selebihnya aku redha. tp ALHAMDULILLAH,....semua tu ade hikmah yg ALLAH nk beri. aku ckup bersyukur dgn rezeki yg DIA beri. ALHAMDULILLAH trma kasih kt mk ayah aku esp mak aku yg sabar je dgr aku nanges tiap kali aku tepon die ngadu masalah. trma kasih cz mak abah doakn kite...kite syg sgt2 mak abah.....thanx kwn2 yg byk bg support kt aku especially AISYAH, as my rumate....i love u syah....muah muah muah...thanx jugak kt semua kwn2 classmate aku yg bg kata2 smgt..sme2 cerita mslh psm masing2...faizal, nad, lela, kecik, along, lulu, emma, alin, mekna, khalis, jah, aine, anna, yana, k. own, wani, tiqah, sarina, sue, syamsul, teng, asmat, boo yen, rnid, dan rmai lg. maaf ea if ade nme korang yg aku x tertulis....byk...x igt. thanx a lot of million heart. ok layan pics lu....


cube try test


di persembahkan ....poster ecah


yes!!!!!


no komen


ni creadit card ea long


tgk booth along


tggu ecah kamas booth die


sy ade meeting ye...sile jgn gngu sy ye...poyo!


otw nk balik tidoooooooooooo


fine weh fine...ngh panas....mata mao tertutup


action kameeeennn......


mai nk baling poster tu


agk2 nk kne penyepak?


ngn SV aku en yahaya.....en. bile sy ley btolkn draft sy?


ok...liptik da ilang


present dgn industri..


present dgn industri..


present dgn industri..





ALHAMDULILLAH





Sunday, November 1, 2009

debar!!

YA ALLAH ....KAU PERMUDAHKAN LAH URUSAN AKU ESOK....KAU LEMBUTKAN LA HATI EN YAHAYA, DR JASNI, DAN EN MOHD HAFIZ.....BERIKANLAH AKU KETENANGAN DAN KESENANGAN UNTUK AKU MENJAWAB SOALAN-SOALAN YG BAKAL DI TANYA ESOK...AMIN YA RABBAL ALAMIN....


resah gelisah x tenang...x taw nk wt pe da ni...give up ngn algorithm...berserah...aku x kesah da ape nk jd...jnji lepas psm aku neh...x snggup ag da ngadap UMP lelame...mak abah...please pray for me ;( ...air mata ni da kering da x ngalir....

hope usaha aku selama ni terbalas...INSYAALLAH....x mo da naik turun kilang sawit byk kali....itam woooo kulit aku....ckup ckup!!....





ye pok cik...yg tu ha yg tu,...x mo yg buruk2....

Tuesday, September 8, 2009

pusing2

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi
aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan
outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,
jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu,
jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde
kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa
bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama
untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene
pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi
uruskan semuanya..

Woakakaka....penat aku nak tulih lagi nie....

Friday, September 4, 2009

epy birthday to me



Happy birthday to me....happy birthday to me...happy birthday to me...happy birthday to me...

usia aku genap cecah 23 thun arini....sungguh aku x percaya yg aku dah tue...uwaaaaa....maakkkk...eden da tuo.....omak...kawen kn eden....

ade x sesape yg sudi bg cake?...ade?..x de rse...nengok gambo pn jd la....uh..bau kek kt bwh ni...



buat ayahanda yg tersayang en OTHMAN ABDULLAH....daku ucapkan selamat hari lahir (4 sept)....yg ke...err....
semoga abah di panjangkn umur dan di murahkan rezeki dan di percepatkn dapat cucu...aminn.....



teringat aku mse aku form 5 lu....aku la org pling beria nk smbut birthday sndiri...padahal sume budget aku kuar sndiri gne duit biasiswa....mk aku tlg msk tuk mjlis tu...biasanye aku akn smbut birthday skali ngn akak ain aku n abah aku...cz msing2 dlm bln sept gk....

kek?...jgn di harap la nk share akak aku tu....beli msing2 beb...so ade brape?..3 kek ko nyah...gile kentang spe nk hbs kn tu....seb bek jmput ramai...abh aku jmput kengkawan die...aku?...jmpt cgu n kawan2 kt sekolah...akak aku jmput kwn,cgu n boy friends die...cube korng kire bpe juta sume tetamu?...alahai yg x ley blah adik aku yg x de kne mngena dlm mjlis tu pn siap bwk kengkwn die....alah boley plak ko jah...x kesah2...jnji meriah...bkn slalu wt birtday party...smbut ala kadar dgn bacaan doa selamat dan ucapan kata2 aluan dr tuan rumah n tuannye kek...agagaga

akak ikin aku lak merangkap camera women merakam kn peristiwa trsebut....mk aku merangkp manager uruskn mknn yg die da buat dgn byk nye siap pnggil org rewang mcm knduri kawen lak...gitu ko...tym tu la aku rse meriah nye birthday party aku sbb srnok tgk rmai yg dtg including cgu sek ren and men....jiran tetangga...kwn satu tingkatan..kwn2 adik2...kwn2 abg ngah aku...

sume tu jst tgal knangan...tu je last smbut birthday ngn fmly skali ngn kwn2...skg?...x de pn...smbut ngn fmly apatah lg...sbb aku da tue ke?....

thanx to kwn2 aisyah (org pertama bg aku hadiah birthday)...lulu...master...rdhwan...suzila...mala,...sume2 la yg x smpat aku tulis kt sni....thanx a lot of million heart kt korang sume cz wish birthday kt aku...muaaahhhhhhh ;-*

Wednesday, September 2, 2009

Luasnya Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya...'

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

Thursday, August 27, 2009

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA


wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ...
kami lah hamba yang mengharap belas darimu
"ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

"Andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN"

kepulangan yg di nanti

BALIK KAMPONGGG!!!!!.....ooooo...ooooo...BALIK KAMPUNG....

yahooo....nk balik....aku tahu kepulangan aku mmg di nantikn oleh raja dan permaisuri di istana yg terletak di segamat. ceh...ckp je la mk ayh ko ayu....lg mau ber bahasa.

makk....im coming home!!!!!!!.....mak msk sedap2 tau buke pose t....org nk mkn bubur lambuk mak buat...nk pedas ckit...kasi byk daging...rempah tu bia rse ckit ea...lau bley...warna bubur tu bia sekata... EH AYU!!!!....ekau nk kono lompang lelaju?...HA!!!....nk kono sopak?....demand lak....eceh omak...eden gurau jo mak...eden x kisah omak msk cenggano pn mak....eden tolan sumo skali kasi perabih....

yak yak....bas aku kul 1:30....yg tlalu excited nye cz aku nk smbut birthday skali ngn abah aku kt kampung muar....husk husk husk....sgt teruje....lme nantikn saat ni....skali ngn majlis ulang thun mak ayh aku kawen...ok list di bawah adlh tarikh yg penting:

ulang tahun kawen omak den : 31 ogos
omak eden boranak kn eden: 5 sept
abah eden lahir : 4 sept

haa...see....see...see....dokat2 je kn....mmg kne smbut skali harung neh...bg meriah ckit....x kire...org nk kek sndiri....makesure urusetia mjlis kne sdiakn 3 kek OK!!...fine ayu fine....jgn mmbazir....buln pose ayu...

ok nk packing baju dah...OMG!!!..baju???...aku nk pkai pe ni as a birthday girl?.....haishh...

orait....chow

Sunday, August 23, 2009

Mercun vs Bunga api

Di Malaysia, pembakaran mercun kini diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan di kalangan kanak-kanak (terutamanya dari kaum Melayu) semasa musim perayaan Hari Raya. Ironinya, kes kecederaan akibat bermain mercun terus meningkat saban tahun kerana kanak-kanak Melayu beralih kepada mercun buatan sendiri seperti mariam buluh sebagai alternatif kepada mercun komersial.



Haa tu depa nk habaq da jgn p men mercun....tahuuu!!!....sobut psl mercun aku teringat mse zmn knk2 aku mse tu x la kanak2 sgt...da tue bangka ley jd mak org da. area2 mse sekolah tingkatan la gitu. setat aku blaja men mercun pn mse aku drjah 6 kire berjinak jinak je la. blom smpai tahap extreme. before tu da huslter da men bunga api ngn mercun pop pop tu lau baling kt bwh bunyi nye "pop" "pop" ala2 pop rock.

Starting aku pegang mercun mse tu mercun tepek. sekotak rm 5 hengget. mak oiii...mahal.aku beli setepek je..x mampu sgt mse tu. beli sonyap2 x mo mk thu tp mk thu gk sbb bnyi, aku men dkt depan umah.da kompem2 la mk aku dgr.

Then..aku tgk je abg emi aku men. mse tu die bkr ubat nyamut sbb mls nk cucur mercunn tu kt pelita punye psl...ubt namuk jd mngsa. kami mse tu 5 beradik je yg pndai men mercun. hbs sekotak ubt nyamuk umah aku kene kerjakn oleh kami. mak bengang. da la jiran sebolah ade ank kecik. skali die melotup...mak datookk...opocot!...

Dsbabkn terpengaruh ngn akak2 abg2 aku yg extreme men mercun aku turut serta aktiviti trsebut. sgt x prcaya aku ley lotupkn 1 tepek mercun. huureee!!!....aktiviti bkr duit giat di jalankan pd mlm itu shgga pkul 11 mlm. then cik mat noh, jiran sebelah sound "wooiii...ank aku nk tdo la." mak aku kuar trus sound kami lak "masuk!!!!...kang mak letop kn sorang2 kang" sume msuk dgn muke bangga tp x puas men mercun.


ni mercun bola peberet aku. "dun try this at home!"

Yg paling xley lupe mse aku ngn adik2 aku wt experimen mercun. kire sume nye terdiri dklgn professor mercun iaitu aku, adik aku ngn 3 org lg kt bwh aku include arwah adik aku. mse tu abg emi aku la nye psl,....manje kn sgt adik2 die...tu diaaa....sedozen mercun bola depa bwk balik. nth dr mne die dpt. eceh adik2 aku mse tu kire sume da terel mcm abg2 senior die. tibe2 professor icam (adik) telah memberi idea dgn membuka bola tersebut utk melihat ape yg ade dlm mercun bola tu. dh tentu tentu la ade kabalt (tol ke ni aku eja). die kasi aku lead experimen tu dgn mmbakar serbuk mercun tu. kami berempat memerhati serbuk tu dgn jarak yg dekat. sumenye nk cari nahas.

Tnpa mmbuang mse, aku bkr serbuk tu..tibe2

*
*
*
*
Dunia jd gelap gelita jap....mata aku x nmpk pape....keadaan yg riuh td jd sonyap. dlm 6 saat gitu mata aku kmbalik normal. ku lihat sekeliling sume idup ag. aku igt aku da buta da. tp bau serbuk tu Nauzubillah. ley jd perfume raph lauren kooo!!korang sume jgn kasi thu kt mak aku tau bnda ni. mak aku smpai laniiii x thu ktorg wt experimen x senonoh tu. then, cpt2 aku suh adik2 aku cuci mata dgn air byk2 tkot side effect kt mata t.



Harap2 thun ni x de lg kes2 bdk2 cedera men mercun. adik2 kt luar sne tu jgn ikut perangai akak ni ha,...tp yg aku polik bona tu...kdg2 bkn bebudak yg slalu men. org tua lg hebat men mercun. if kt kampung aku tu, bkn calang2 mercun depa men,,...tahap meriam buluh siap ley lawan2 ngn kampung sobolah. aku rse cm nk join....tp..dsbbkn den ni ha da bosa pjg...da jd ank dara...malu. nengok dr jauh je.

Lapo2....nunggu lg 8 jam nk buke pose.sabo..


Friday, August 21, 2009

selamat menyambut ramadhan al mubarak

Salam ramadhan untuk semua readers dan kwn2. maaf if sy ade melakukn dosa2 thdp kalian semua. ampunkn sy. so aim ramadhan sy thun ni:


*nk pose pnuh (eh ley ke?)

*nk terawih full(I'ALLAH)

*nk kurangkn belanja tuk raye byk2...sng kate berjimat(blah la ko ayu...jimat la sgt ko tuh)

*nk kumpul duit bg mak abh duit raye(INSYAALLAH)

*nk jahit manik kt baju raye sndiri. ni pksaan ea bkn kerelaan diriku. huwaaaa.....mak x nk jahitkn manik kt bju sy....sbb byk tempahan.ok ayu....start blaja jahit manik cantik2 dr skg

*wt psm jgn memalas

*kurangkn tdo ye ayu

*kurangkn ngommmpaaattt

*nk smbut hr lahir ngn fmly kt kampong....mommmm im coming

.

.

.

.

nk bersederhana dlm ape jue perkara. aminn,....




Sunday, August 16, 2009

DEMI CINTA MU, HUSNIL KHATIMAH

CERITA ana ini mungkin ada pada sesiapa termasuk anta juga. Ana tidak terkejut jika anta tidak mahu percaya, meski ia cerita benar. Terpulang kepada anta. Dan ana tidak memaksa sesiapa untuk percaya apalagi menjanjikan apa-apa. Namun untuk lebih meyakinkan anta, ana telah menyediakan saksi kepada kebenaran fakta cerita ini.Ringkasnya, ana nyatakan: Nil mencintai ana sejak di bangku sekolah. Kami sama-sama terpaut hati dan menjadikan cinta pemangkin semangat untuk meraih kecemerlangan dalam SPM. Guru-guru merestui dan kawan-kawan menganggap kami pasangan yang paling ideal.

Memang cukup menggembirakan juga apabila sama-sama berjaya membuktikan keunggulan dalam peperiksaan. Dan sebuah cinta sejati mesti tahan diuji masa dan tempat. Kami terpaksa berpisah sementara - demi cita-cita - ana ke utara mengaji perakaunan, dan Nil ke matrikulasi undang-undang sebuah universiti di ibu negara.Nil gadis baik. Lembut dan cantik. Sopan dan menawan. Sebagai siswi yang terdidik dengan agama sejak kecil, semestinya Nil bertudung dan taat menjaga syariat. Haram sekali belum pernah kami keluar dating seperti pasangan lain. Padanya memang terlengkap ciri-ciri penyejuk mata yang ana cari. Lalu kala usia sementah itu, ana sudah memasak tekad ke teras hati: biarlah Nil yang pertama, juga yang terakhir.Dan tidak lupa, tanpa pengetahuan Nil, ana tinggalkan seorang teman yang boleh dipercayai dan kebetulan sekuliah dengannya sebagai pemerhati.

Namanya Jai - saksi utama cerita ini yang ana janjikan tadi. Tengok-tengokkan saja, pesan ana; kalau ada apa-apa, lapor segera!Entah kerana apa, setahun selepas itu, hubungan yang masuk tahun ketiga itu terhenti sekerat jalan. Barangkali dihambat rutin kesibukan seorang siswa - senantiasa berkejar dengan kuliah, tutorial, assignment, peperiksaan, dan persatuan. Barangkali bosan diejek oleh kejemuan tinggal berjauhan. Barangkali juga akibat keegoan masing-masing. Ana tidak arif asbab setepatnya, dan tidak juga mahu mempertikaikan: siapa di antara kami yang memulakan tidak menghantar khabar berita. Yang pasti, kami terputus hubungan selama dua tahun. Cinta 'monyet' zaman persekolahan itu ternoktah di situ.Ana kesal juga. Rasa kasih itu masih ada. Rindu menghimpit juga kadangkala. Namun ego tinggi lelaki membunuh niat awal untuk memujuk. Biarlah masa yang jadi penentu siapa yang akan mengalah.Ditambah apabila ana bertemu pula dengan Kay, Nil hampir dilupakan terus.

Kelembutan dan kebaikan Kay - seperti Nil - mengisi sepi dan kekosongan hati ana. Kami bertemu dalam program bakti siswa dan begitu jelas sealiran minat dan bidang. Hari demi hari, kebersamaan dalam berpersatuan menambah keintiman. Menjelang semester terakhir, bimbang kasih terungkai lagi, kami muwafik mengikat tali pertunangan.Bahagia di hati ana sekejap cuma. Siapa sangka, tragedi yang juga dianggap klise dalam kisah-kisah sebegini, turut meronai kami. Takdir kadangkala hampir serupa. Kay terbunuh dalam kemalangan jalan raya selepas menduduki imtihan terakhirnya. Kesedihan tidak terucap namun air mata tidak pula keluar. Lantas ana meninggalkan utara Semenanjung sebaik tamat pengajian demi memadam memori duka. Beginikah pedihnya ditinggalkan orang tersayang?Belum sempat menganggur, ana lekas disapa jawatan akauntan di sebuah firma.

Beberapa bulan di Kuala Lumpur, ana tersua Jai yang hampir ana lupakan. Kau pacar paling tak guna! Ana terpinga-pinga. Jai memarahi ana dan mengungkit janji ana pada dirinya beberapa tahun lalu, pada Nil terutamanya. Spontan cerita silam itu bangkit semula. Pertama dan terakhir konon! Dasar pantang tengok dahi licin! Memang dia rupanya amat kesal dengan apa yang terjadi ke atas ana dan Nil sebelum ini. Telah berikhtiar menolong, berusaha menyambung kembali kasih yang terlerai; tetapi gagal setelah kehadiran Kay.

Ana terkelu dihukum menelan paku buah keras yang dipulangkan. Di mana Nil sekarang? Jangan kesal, Fal. Kau datang agak lewat. Ana terkesima. Keluhan Jai itu mulai mengundang rasa bersalah.Lantas bertalu-talu mendesak Jai memerihalkan situasi sebenar. Bagaimana dengan Nil sepeninggalan aku? Salahkan dirimu Fal, bila mendengar ceritaku ini. Usah terperanjat. Nil sekarang bukan Nil yang dulu lagi. Hidupnya hampir hancur. Hancur? Kau meninggalkannya begitu saja. Tanpa kata, tanpa pesan. Kau bukan kekasih setia. Kasihan. Dia sungguh kecewa. Ah, cinta kadang-kadang membahagiakan dan merosakkan manusia. Jai mencari kekuatan bercerita. Ana tunduk patuh. Bagai pesalah yang menghadapi algojo lagaknya.Pelajarannya hampir tersungkur.

Mujurlah ada kawan-kawan yang simpati, dan dia bangkit semula. Biarpun lukanya akibat perbuatan kejammu belum sembuh benar-benar. Dia masih mengharapkanmu. Ana hanya mampu menadah telinga dalam debar. Aku cuba menghubungimu kala itu. Tapi gagal. Ya, khabarnya kau bertemu yang baru. Hampir setahun yang lalu, Nil berkenalan dengan seorang pemuda kacukan. Ben nama timangannya. Pemuda ini kelihatan baik, terpelajar, berada, dan boleh dipercayai tetapi latar belakangnya yang sebenar tidak diketahui. Hubungan mereka intim ditambah simpati Ben terhadap dirinya. Ramai juga teman yang

meraguinya melarang, namun Ben dengan karismanya yang memikat, tetap berjaya memenangi hati Nil yang kosong. Ana menggigit bibir.

Lagipun, Ben ketara begitu ikhlas dan berminat untuk kembali kepada pengamalan Islam yang sebenarnya. Nil rasa terpanggil untuk berdakwah. Kononnya, kata Ben, keluarganya jauh dari agama. Solat, puasa, zakat entah ke mana. Hanyut kebaratan. Dia mahu Nil membentuknya ke jalan lurus kembali. Dan seterusnya, mahu menikahi Nil.Fal, kau tahu kesudahannya?Ana sekadar menggeleng. Nil terpedaya. Mereka terlanjur... . Ya Allah! Ana terkesiap amat. Menekup muka dengan tangan. Telinga ini tersalah dengar?Ya. Kisah Natrah barangkali telah dilupa. Tapi usaha memesongkan akidah gadis Melayu masih berterusan. Ben guna pil khayal. Nil kini hamil lima bulan. Pengajian terpaksa ditangguhkan. Mereka belum menikah. Dan sekarang, khabarnya Ben sedang berusaha menggoyahkan sisa-sisa keimanannya.

Ah, kau tentu faham tindakan mereka selanjutnya. Rasa berdosa serta-merta mendera. Ana sudah lama mendengar episod cerita begini. Tetapi, payah mahu percaya, ia menimpa gadis sebaiknya yang pernah ana kenali. Akukah punca semua ini?Selamatkan dia, Fal. Bisik Jai. Engkaulah orang yang paling tepat! Akulah yang bersalah membiarkannya! Rasa kasih dan kasihan deras meluap-luap. Apa yang harus aku lakukan? Lantas kami segera menjejak Nil. Memang malang. Dia telah diusir keluarganya dan terpaksa menebalkan muka, menumpang di rumah Rai, antara sahabatnya yang bersimpati. Namun Ben terus-terusan memomokkannya dari sehari ke sehari, Rai memberitahu.

Nil diugut. Ben tidak mahu bertanggungjawab dan akan memalukannya sekiranya enggan menukar agama! Alangkah malangnya nasibmu!Kekesalan yang sukar dibendung mendorong ana bertekad mahu menyelamatkannya, walau apa harganya sekalipun yang harus dibayar. Biarlah ana berkorban demi cinta murni yang pernah terjalin. Demi rasa kemanusiaan. Demi akidah sucinya!Kami dipertemukan juga setelah sekian lama terpisah. Nil berwajah lesi, terkejut dan terselingar. Pura-pura tidak mengenali ana lagi bila disapa.

Dia menangis. Rai dan Jai hanya melihat dari jauh. Membiarkan sahaja. Nil dah tak kenal Fal lagi? Fal dah tak ada dalam kamus hidup Nil lagi. Fal minta maaf. Fal sangat bersalah padamu. Maaf? Pergilah dengan cita-cita, Fal. Nil dah rosak. Percayalah! Walau apa pun, Fal masih sayangkan Nil.

Hati Fal masih macam dulu. Lupakanlah cerita silam. Kita bina kehidupan baru.Carilah gadis yang lebih suci. Nil tertawa seperti dirasuk hantu. Nil bukan gadis lagi. Fal mau terima Nil dengan perut yang boyot ini?Angguk.Fal terlalu berdosa meninggalkanmu. Fal ingin menebus dosa itu. Tawanya pupus serta-merta. Tidak percaya? Ana tidak berganjak dengan keputusan itu. Dan ana tahu, hatinya masih ada ruang untuk ana lagi. Segala-galanya berlaku begitu pantas. Dengan bantuan Jai dan Rai, Nil berjaya kami tiup keyakinan dan semangatnya semula. Tanpa pengetahuan keluarga dan kawan-kawan selain Jai dan Rai, kami menikah minggu itu juga dengan berwali hakim di pejabat agama. Menakjubkan sungguh. Macam mimpi. Ana sendiri kadangkala rasa kurang percaya. Tetapi inilah amanah Allah. Inilah cinta sebenarnya barangkali.

Ya, cinta sejati memang menagih pengorbanan. Dan Nil kadang-kadang sengaja menduga: Mengapa abang masih pilih Nil? Sebab cinta abang hanya pada Nil saja. Bukan kerana kasihan? Geleng. Bukankah sejak sekolah lagi abang cintakan Nil?Pengorbanan abang terlalu besar! Bagaimanakah Nil dapat membalasnya? Cinta sejati mesti ada ujian. Mesti ada pengorbanan. Abang pilih Nil kerana abang kasihkan Nil. Sayangkan akidah Nil. Cinta lama itu hangat semula. Auranya kembali menyelimuti kami. Bezanya kini kami di alam perkahwinan. Bahagia meronai jiwa. Berdekatan dengannya terasa jauh lebih tenteram.Namun ada cabaran lebih akbar di depan.

Bagaimana mahu menghadapi keluarga? Ya, bonda memang sudah lama merungut mahu ana cepat beristeri. Mahukan cucu katanya. Lantas, kepada bonda, ana khabarkan sudah bertemu pengganti arwah Kay, dan akan segera berkahwin pada masa yang sesuai. Justeru, kami berdua merancang sejurus Nil melahirkan bayinya nanti mahu disatukan secara beradat. Anak dalam kandungan Nil kian membesar. Bimbang diganggu oleh Ben dan khuatir terserempak dengan kaum kerabat ana atau sahabat terdekat, kami berpindah ke rumah sewa baru. Hanya Jai dan Rai sahaja yang tahu. Jiran sekeliling yang kurang mengambil peduli tidak menjadi kerisauan. Untuk beberapa bulan, ana terpaksa mengelak daripada diziarahi sesiapa demi menjaga kerahsiaan ini.

Demi kemaslahatan Nil. Kandungan Nil masuk ke bulan terakhir. Bagaimana dengan nasib anaknya nanti? Itulah yang kerap bermain-main di fikiran dan mengganggu tidur. Tentang latar belakang Nil, ana tidak bimbang. Jika ditanya kelak, jawapannya sudah ana fikirkan. Kepada keluarga, akan ana katakan, Nil anak yatim piatu. Tiada saudara-mara lagi. Kononnya ana terpesona dengannya semasa menziarahi seorang teman di rumah anak-anak yatim. Cinta selayang pandang. Jai dan Rai juga pasti dapat membantu. Sekurang-kurangnya menjadi saksi penguat cerita. Tetapi soal identiti anak di dalam kandungannya ini yang memeningkan kepala. Kelak mahu dibinkan apa? Dan masakan terlalu lekas pula kami mahu mengambil anak angkat selepas berkahwin! Apa pula kata mereka nanti? Bagaimana dengan anak ini? Tanya Nil lagi.

Anak Nil, anak abang juga. Ia tidak berdosa. Ia amanah Allah pada kita. Ana menghembuskan keyakinan ke wajah Nil yang mulai ceria.Abang terlalu baik! Demi cintamu, Nil!Ana hanya pasrah pada takdir. Tawakal. Ana yakin, selagi perbuatan ana tidak menyalahi agama, rahmat Allah sentiasa bersama. Pasti ada reda-Nya. Salahkah tindakan ana selama ini? Bukankah ini pengorbanan demi cinta sejati?Suatu malam, Nil mengadu sakit perut. Nafasnya nampak lelah. Kainnya juga sudah lencun basah. Lalu kami berkejar ke hospital. Barangkali masa kelahirannya sudah karib. Didorong cinta yang makin kental, ana cuba menyelit masuk bersama, tetapi ketegasan doktor menghalang.

Hanya pandangan sayu terakhir Nil yang sedang berkerut menahan sakit menjadi bekal ana kala menunggu. Ana gelisah di luar dalam pada Nil di dalam sedang bertarung dengan maut. Tuhan sahaja yang Mahu Tahu hati ana waktu itu. Menanti legaran waktu, dalam debaran yang tidak menentu, alangkah sengsara! Doktor yang menghalang ana tadi keluar semula. Ana lekas menerpa.Bagaimana isteri saya, doktor? Err, diharap encik dapat bertenang. Nil yang menghidapi asma dikatakan menghadapi kesukaran sewaktu melahirkan. Bayinya yang songsang pula lemas.

Tuhan lebih menyayanginya. Maafkan kami. Kedua-duanya gagal diselamatkan. Alangkah lekasnya pertemuan semula, kini perpisahan pula menjelma? Lutut terasa longgar. Air mata tidak dapat ana bendung lagi sewaktu menatap jenazahnya yang damai. Menangis semahu-mahunya!Demikian Nil pergi. Syahid di akhirat bersama puterinya yang ana namakan seperti namanya - Husnil Khatimah. Kehilangannya begitu terasa berbanding kepergian Kay dulu. Namun ana reda, sekurang-kurangnya ana telah melaksanakan sebuah amanah Tuhan.Ia tamat di situ. Ya, memang ini bukan sekadar cerita cinta tetapi memori sedih. Pelik bukan? Cinta bukan sahaja hadir tiba-tiba malah kadang-kadang lahir dari rasa kasihan. Dan seringnya pengorbanan akan ditagih cinta sejati, yang cuma satu dalam seribu. Apakah anta percaya?