Sunday, December 21, 2014

Tahukah anda sejarah asal usul soto?....saya menjadi penggemar soto sejak saya berkahwin kerana ibu mertua saya sering kali memasak soto. Ia juga kegemaran suami saya. Akan tetapi,..saya lebih suka olah resipi mengikut cita rasa saya. Tak sangka setelah lebih 3 tahun akhirnya resipi saya menjadi kegemaran suami saya...keluarga saya...kawan-kawan pejabat saya...kawan-kawan suami.

Di sini saya ingi kongsi sedikit resipi Soto Nasi Impit atau Soto Bihun.

Untuk Nasi Impit:
1) Rebus la instant nasi impit yang anda beli di kedai. Saya paling suka guna Nasi Impit Faiza. Rebus dengan api sederhana, kalau nak wangi campak je daun pandan dan letak secubit garam.

Untuk Bihun:
1) Rebus air hingga mendidih kemudian celur bihun sehingga lembut, Saya suka guna Bihun cap Jasmine


Untuk Sup:
1) Bahan Tumis:
tumbuk bawang merah + bawang putih + halia
masukkan bunga lawang, kayu manis. tumis sehingga naik bau
2) Kemudian masukkan ayam dan tumis sehingga ayam hampir masak
3) masukkan air seperiuk
4) masukkan kiub parti ayam + rempah sup + garam

Untuk Sambal Kicap:
1) tumbuk bawang putih+cili+gula+kicap

Hidangkan bersama soo hon goreng + kacang tanah + bawang goreng + daun sup + isi ayam racik

sedia untuk di hidangkan