Tuesday, August 11, 2009

Tumit Tinggi: Dasar lelaki kaki kikis...!...

copy from bharian.com.my



PEREMPUAN 'memburu' lelaki berduit...itu biasa bukan? Lelaki 'mengejar' wanita berharta? Aaaaa...dulu tak biasa kan, sekarang, inilah dunia.

Tak percaya? Percayalah...kata Datuk Siti Nurhaliza. Hehehe...tiba-tiba lak Cik Siti interframe ye...alahhhh..kan ada lagu dia tajuk Percayalah. Itu lagu Siti, ini kes laki cari perempuan kaya, percayalah, kalau tak percaya, tanya TT.

TT terkena? Belum lagi...syukur, Alhamdulillah..harap-harap, janganlah langsung kan. Tapi TT jumpa ramai lelaki spesies macam ini. Cari perempuan, mesti yang berduit, berharta. Kalau tak kaya sangat pun tak apa, janji kayalah daripada dia, janji boleh kikis.

Bila jumpa perempuan, habis berjalan semua scanner dia. Cun, seksi, itu perkara kedua. Paling penting...`You kerja apa ya?”. `You drive kereta apa?”. Aaa...TT nak beritahu, itu soalan basic lelaki jenis inilah. Soalan kemahiran hidup namanya...survival...`kalau aku kawan dengan perempuan ni, senang ke susah hidup aku? Dia boleh tanggung aku tak?’

Kalau pancing mengena, kena pula perempuan ni yang jenis cepat cair, naya. Habislah, mula-mula jadi driver, tukang jemput dan hantar boyfriend, lepas tu, makan minum tiap kali keluar, bayarlah ya. kalau dua benda ini, dah `lulus’, mulalah si lelaki ni yang dah dapat betis, merengek-rengek pula nak paha. `Wallet i dah rosak la sayang...i suka wallet Mont Blanc’, `i sukalah baju tu sayang”, i suka inilah...itulah..macam-macamlah, janji kikis.

Kalau perempuan jenis macam ini, cepat dah kena label pisau cukur, kalau lelaki, nak panggil apa ya? Kalau setakat miang, kaki perempuan, panggil buaya darat, ni nak panggil buaya apa ya? Nantilah kita fikir sama-sama ya....

Semalam pun, TT baru jumpa kawan lama. Lelaki. Dia risau sebab sepupu dia, perempuan, sekarang ni dah sangkut dengan kawan lelaki dia. Kalau berjenis tak apa TT, dia cakap. `Mamat ini, I kenal sangat perangai dia bila sampai bab perempuan. Dia nak yang kalau tak kaya pun, adalah duit sikit, paling-paling jenis independent, ada kerja, ada kereta, boleh jadi driver dia. Tiap kali jumpa perempuan, dia akan tanya I, perempuan tu banyak duit tak?’. Laaaaa...apa punya spesies daaaa....

Tapikan TT nak beritahu, spesies ini dah `membiak’ sebenarnya. Makin ramai. TT nak bagi tip sikit macam mana nak kenal spesies ini. Tak susah nak kesan `makhluk’ ni. Pertama, mulut memang manis, ayat power! Hahaha...kata-kata pujian tu, laju je keluar dari mulut...macam air la. Sah memang dah biasa memuji orang, ikhlas tak ikhlas itu belakang cerita. Kedua, dressing, cara berpakaian, penampilan, memang tak kalah. Kemas dan selalunya mesti kena branded, tak banyak, sikit mesti ada. Rupa? Spesies ini selalunya ada rupa sikit. Tu kira modal la, nak `menjual’..jual tahi minyak!!!

Ok, bila dah kenal, tanpa segan, tanpa malu, ajak keluar, tapi `You belanja I ya! Bukanlah patut berkira ya bab makan ini dan bukan nak suruh lelaki saja yang membayar setiap masa, tapi setidak-tidaknya taklah sampai terhegeh-hegeh, tebalkan muka, minta perempuan yang belanja. Itu belum lagi yang berani nak meminjam ya!

Mana perginya lelaki budiman, gentlemen, zaman sekarang ini? Dah tak wujudkah spesies yang `mulia’ ini? Hello...hai...lelaki-lelaki budiman sekalian, di manakah anda? Hahaha.. Marah PKV kalau baca ni. Tak vogue merayu-rayu dia kata. Relaks PKV, kena tahu bila masa serius dan bila masa bergurau.

Kawan-kawan TT selalu cakap, susah nak jumpa lelaki `baik’ sekarang ini, all the good men are taken. Mungkin adalah satu, dua, sikit sangat yang tinggal untuk TT, juga gadis-gadis belum berteman di luar sana. Yang ramainya, laki orang yang tak sedar diri; gay, yang TT dan kaum sejenis ni sebelah mata pun dia tak pandang dan spesies paling tak berjenis ini, bukan pencinta wanita tapi pengikis wanita.