Sunday, August 16, 2009

Tumit Tinggi: Wanita = Superwoman; Lelaki = Hmmm... Hampeh!

ni pn copy kt bharian.com gk

ANTARA wanita dan lelaki, siapakah yang lebih multitasking (mampu membuat banyak kerja dalam satu masa)? TT rasa, soalan ini jawapannya sudah pasti dan muktamad, mutlak. Wanitalah yang lebih multitasking!

Lelaki bekerja, wanita bekerja, wanita jugalah suri rumah tak kira sibuk dan penat macam mana sekali pun lepas balik kerja, tiba di rumah sambung lagi kerja..urus anak (untuk yang sudah beranak), kemas rumah, basuh kain, memasak...belum lagi tugas lain yang `wajib’ kan. Pendek kata, macam-macam kerja wanita kena buat, memang superwoman.

Bagi yang bekerjaya tetapi belum berkahwin, superwoman juga. Dah nama perempuan, kerja rumah kena buat juga, hendak pula kalau masih `menumpang’ rumah ibu bapa. Tangan kena ringan, tak boleh berat bontot. Kalau yang ada cik abang (teman lelaki), penat dan sibuk macam mana pun, ishhh..hati buah hati kena jaga. Kena jumpa dan kalau sibuk ya amat pun, paling tidak telefon atau hantar SMS.

Lelaki pula? Tak payahlah kita cerita pasal laki orang ya, cukup lelaki bujang tapi berteman sebagai contoh. Ramai rakan perempuan TT mengeluh, seharian tak dapat SMS daripada buah hati, jauh sekali panggilan telefon, alasan buah hati teramatlah busy hari ini.

`Tapi TT, takkanlah tak boleh SMS langsung? I hantar SMS pun dia buat dek je (buat tak tahu)’, keluh rakan TT.

Aaaa...aaaa..memang busy....tapi sebenarnya busy tak seberapa pun, kalut je lebih. Setakat telefon dan hantar SMS bertanya khabar, tak pun untuk ucap `I love you sayang’, alahai berapa saat sangat. kalau dia pergi makan, hisap rokok, tak pun pergi buang air kecil, itu pun lagi lama. Takkanlah masa tu tak boleh nak call atau SMS. Bukan tak biasa kan, SMS dalam bilik air..???!!!! (walaupun selalunya buat secara sembunyi-sembunyi).

TT cukup sakit hati kalau dapat alasan yang tak berapa cerdik macam ni. Ya lah, you all je lah manusia paling sibuk dalam dunia ni. Hello, setakat berapa saat, satu dua minit luangkan masa untuk yang tersayang, tak jadi penyakit pun lah.

Teman lelaki TT dulu, macam itulah perangainya. Ya Allah, kalau cerita sibuknya orang bekerja, dialah manusia paling sibuk. Tak ada orang lain yang lebih sibuk daripada dia...konon!!! Kadang-kadang berhari-hari `hilang’, sunyi sepi. TT malas nak kacau, nanti dia kata kita tak faham pula dia sibuk tapi sampai kalau kita dah tertanya-tanya `hidup lagikah mamat ni’, susah la pula bukan?

Tapi cuba bila hari dia tak ada kerja, kurang sibuk, tak habis-habis dikacaunya TT. SMS, telefon, sibuk nak dating. Ada hari, minta maaflah, TT pun sibuk, tapi jawab juga SMS dan panggilan dia, cuma ada ketikanya tak berkesempatan jumpa. Bila jadi macam ini,d ia pun mulalah rengsa. Yang TT tak tahan, bila TT cakap TT busy, dia boleh kata...`Ala..macam mana sibuk pun you, mana boleh lawan sibuk I.’

Ek ewahhhh....sedapnya mulut bercakap, ini sah mulut tak ada insurans ni. Tak larat TT nak layan lelaki jenis macam ni. Semuanya dia yang lebih, kaya dia (memang dia kayalah), kerja bagus dia, sibuk dia, semua dialah. Eeeee..geli TT. Tu pasal la dia jadi teman lelaki TT yang dulu... dah kena dushhh (buang) dah...